1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

LOG MASUK

ALHAMDULILLAAAH, HABIS TERJUAL 7,000 SET, KINI TAJWID PANTAS VERSI 2 DENGAN KULIT YANG LEBIH GRAFIK DAN DITAMBAH KAD CONTOH-CONTOH AYAT AL-QURAN TELAH PUN BERADA DI PASARAN, DAPATKAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN............................... 1st. time in the world / Best for all levels of user / Specialist for easy learner / Sure you like it / May Allah bless us always................................ Pertama kali di dunia / Bagus untuk semua peringkat pengguna / Pakar bagi pembelajaran mudah / Anda pasti sukakannya / Semoga Allah membekati kita sentiasa................................ HUNT NOW ! ! .................................. REBUT SEKARANG ! ! .................................. STOKIS/PENGEDAR DIKEHENDAKI SEGERA (PERINGATAN: JANGAN BUAT APA-APA BAYARAN UNTUK PESANAN KEPADA SESIAPA YANG MENAJA ANDA SEBAGAI STOKIS/PENGEDAR, KECUALI PEMBELIAN RISALAH TAJWID PANTAS SECARA TUNAI).............................. KAMI JUGA ADA MENYEDIAKAN MODUL "PEKEJ 1 HARI PANDAI TAJWID" BERSAMA USTAZ HAJI RADZI KAMARUL HAILAN AL-MUQRI'. SESIAPA SAHAJA DIBENARKAN UNTUK MENGANJUR/MENAJA PEKEJ INI. UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI 0133335500 / 0125858797. TERIMA KASIH DARI KAMI.

AKTIVITI

Monday, 03 November 2014
BENGKEL PANDAI TAJWID DENGAN KAEDAH TAJWIDPANTAS. Tarikh: 29 & 30 November 2014. Tempat: Dewan Masjid Jamek Seberang Jaya, P.Pinang. Masa: 8:00 pg- 3:00 ptg. DAFTAR SEKARANG...! Tempat Terhad 60 orang sahaja.

View all events.

TAJWID PANTAS / INSTANT TAJWEED (Tajwid Rasm `Utsmani) dengan semakan USTAZ HAJI RADZI KAMARUL HAILAN Al-MUQRI' ke arah MASYARAKAT CELIK DAN PANDAI TAJWID.

1.1. TAJWID PANTAS 

  • Kaedah penyusunan Ilmu Tajwid seringkas mungkin tanpa mencicirkan fakta-fakta penting di dalam keilmuan Tajwid.
  • Tidak ada tajuk yang tercicir, semuanya dipadatkan secara tersusun rapi dalam satu lampiran dengan menggunakan kad-kad berkualiti tinggi bersaiz A4 dan A3. Kad asal bersaiz A4 dan Kad besaiz A3 adalah kad zoom jawi dan zoom rumi. TAJWID PANTAS Versi-2 ditambah dengan 1 kad lagi bersaiz A4 yang tersusun di dalamnya contoh-contoh ayat Al-Quran. Kad-kad sisipan tersebut boleh disisipkan ke dalam POKET KAD-KAD SISIPAN pada Lipatan (Folder) bersaiz A3 yang lebih tebal dan berlaminat sebagai kulit risalah TAJWID PANTAS. 

     

  • LIPATAN SISI :  Sebelah dalam lipatan sisi ditambah dengan nota-nota penting;
                              - CARA PINTAS MEMBACA TAJWID PANTAS.
                              - TANDA-TANDA YANG DIGUNAKAN DALAM BACAAN.
                              - 3 RUKUN BACAAN AL-QURAN.
                              - IBTIDA', WASHAL, WAQAF & SAKTAH.
                              - TANDA-TANDA UTAMA DALAM AL-QURAN.
     
  • Muka surat 1 :  KETERANGAN ASAS TAJWID PANTAS, untuk dipadankan WARNA dan NOMBOR yang sama pada muka surat 1 dengan muka surat 2. 
     
  • Muka surat  2  : PENYUSUNAN KESELURUHAN ILMU TAJWID DALAM 1 LAMPIRAN seringkas mungkin, tepat dan padat disusun mengikut jalur mendatar dan jalur melintang dengan panduan WARNA dan NOMBOR.
     
     
  • Muka surat 2a & 2b :  CONTOH-CONTOH AYAT AL-QURAN untuk dipadankan WARNA dan NOMBOR yang sama pada muka surat 1 dengan muka surat 2a, 2b ataupun dengan muka surat 2. 
     
  • Muka surat 3:  SIFAT-SIFAT TUNGGAL DAN SIFAT-SIFAT BERLAWAN HURUF HIJAIYAH dengan keterangan terperinci yang mudah difahami dan sedikit nota kaki dari penyusun.
     
  • Muka surat 4 :  Kata penyusun oleh saudara Abu Nabil, kata aluan oleh Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan Al-Muqri', Hakcipta Terpelihara International Standard Book Number (ISBN), Rujukan, Penerbit, Pencetak dan Harga Risalah dan tarikh pencetakan.
     
  • 2 kad saiz A3 (tambahan) :  Kad ZOOM JAWI dan ZOOM RUMI (isi kandungannya sama seperti muka surat 2), cuma tulisan yang lebih besar dan lebih jelas, demi menghargai semua peringkat pembaca yang dikasihi. 

ust radzi with tpv2

  • Disemak oleh USTAZ HAJI RADZI KAMARUL HAILAN AL-MUQRI', Juri Akademi Al-Quran TV9, Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun 2000 dan 2004.
  • Didaftarkan dengan Pusat Kebangsaan ISBN Perpustakaan Negara Malaysia dengan 'International Standard Book Number': ISBN 978-967-10253.
  • Akuan berkanun dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Merujuk dalam Perkara 42(1), Akta Hakcipta 1987 (AKTA 332)

  • Disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi.

  • Diterbitkan oleh NUR BAITI ENTERPRISE, beralamat di No.39, Jalan Koperasi 18, Taman Perpaduan Koperasi, Tambun, 31400 Ipoh, Perak. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan No. Pendaftaran: IP0338127-W.  

  • Dicetak oleh FR VISION SDN. BHD., beralamat di No.2, Persiaran Perindustrian Pengkalan 7, Kawasan Perindustrian Pengkalan 1,  31500 Lahat,  Perak  Darul Ridzuan. Lesen Percetakan KDN: PQ.1780/A/518.
       
  • Diedarkan oleh Stokis/Pengedar Berdaftar, sebagaimana yang disenaraikan dalam laman web ini. 


1.2. TUJUAN

  • Supaya anda boleh merujuk Ilmu Tajwid dengan selesa dan pantas ketika belajar ataupun ketika membaca Al-Quran. Pelajar-pelajar mahupun guru-guru, insyaAllah mampu memahami atau memberi kefahaman Ilmu Tajwid dengan pantas, kerana itulah penyusun menamakannya dengan TAJWID PANTAS. Dengan hanya 1 lampiran kad, anda mudah untuk membuat perbandingan menilai perbezaan tanda-tanda digunakan dan yang    pasti memperlihatkan bahawa Ilmu Tajwid lebih mudah untuk dipelajari dan dihayati.
     
  • Adapun tujuan utamanya ia lah ke arah masyarakat celik dan pandai tajwid. Para pembaca yang kurang mahir atau yang membaca Al-Quran tidak bertajwid, insyaAllah dengan mudah dapat menguasai Ilmu Tajwid dengan baik sekiranya menggunakan TAJWID PANTAS sebagai panduan peguruan. Tambahan dua kad zoom jawi dan zoom rumi adalah bertujuan untuk merungkaikan halangan supaya Ilmu Tajwid diberi keutamaan untuk mempelajarinya, ilmu yang sangat dituntut ke atas semua peringkat usia dan kategori pembaca yang ditafsirkan sebagai Mukallaf.
     
  • "Sepakat `Ulama' Qurra' untuk mempelajari pembacaan Al-Quran adalah wajib secara talaqqi dan musyafahah (guru membaca untuk diikuti bacaannya oleh murid dan murid membaca untuk disemak bacaannya oleh guru) dari mulut ke mulut berhadapan guru yang bersanad sehingga Rasulullahi Shallallahu `Alaihi Wassalam."

 1.3. CARA GUNA

     Pertama, memahami kaedah

  • Sisipkan kad tajwid (kad kecil saiz A4) pada POKET KAD-KAD SISIPAN TAJWID PANTAS atau letakkan kad tajwid zoom jawi/rumi (saiz A3) dengan muka surat 2 dipamirkan bersebelahan muka surat 1.
     
  • Berkolerasi sepenuhnya di antara kulit dengan semua kad-kad sisipan dimana Nombor/Warna yang sama pada muka surat 1 memberi penerangan kepada nombor/warna yang sama pada muka surat 2 (padankan). Begitu juga kad contoh-contoh ayat yang ditanda dengan muka surat 2a dan 2b, direka supaya berkolerasi dengan muka surat 2.
     
  • Pada LIPATAN SISI bersebelahan kiri muka surat 1 terdapat nota-nota penting, perhatikan CARA PINTAS MEMBACA TAJWID PANTAS yang boleh membantu pembaca memahami simbol-simbol pintas (direka untuk menjimatkan ruang pada kad-kad sisipan) yang digunakan pada TAJWID PANTAS dan fahami juga TANDA-TANDA YANG DIGUNAKAN DALAM BACAAN. Nota-nota tambahan yang selainnya juga penting dan perlu diberikan perhatian.

     Kedua, memahami Ilmu Tajwid

  • Cuba fahami asas Ilmu Tajwid satu persatu pada muka surat 1 (lebih ringkas dan tidak berat) dan cuba padankan nombor/warna yang sama pada muka surat 2 (tersusun padat kelihatan berat).
     
  • Baca keterangan asas Ilmu Tajwid pada muka surat 1, kemudian perhatikan dan cuba fahami Ilmu Tajwid secara menyeluruh pada muka surat 2 satu persatu dengan panduan warna dan nombor yang sama.
     
  • Perhatikan perbezaan tanda-tanda bacaan yang digunakan dalam Al-Quran kerana ianya memberi aplikasi berbeza pada hukum-hukum tajwidnya, kaedah dan cara membacanya juga berbeza.
     
  • Di sudut kiri sebelah atas muka surat 1 dan 2, rajah yang menujukkan Makhraj Huruf Hijaiyah (Hamzah hingga Ya') dan Makhraj Mad dari kerongkong hingga ke mulut.
     
  • Jangan dikesampingkan untuk meneliti muka surat 3. Sifat huruf juga sangat penting kerana bacaan yang sempurna hanya terhasil jika dibaca dengan betul tajwid, makhraj dan sifat hurufnya.
     
  • TAJWID PANTAS juga menyediakan kad zoom jawi dan zoom rumi berukuran kecil sedikit dari saiz A3, untuk kesesuaian pembaca yang penglihatannya kurang baik ataupun pembaca yang kurang cekap membaca jawi.
     
  • Pembaca juga dapat mempelajari jawi dengan membuat perbandingan penulisan zoom jawi dan zoom rumi, kerana membaca dan menghayati Ilmu Islam dalam tulisan jawi adalah matlamat dan kesempurnaan.
     
  • TAJWID PANTAS juga menyediakan kad contoh-contoh ayat Al-Quran bagi setiap satu tajuk yang huraikan. Ianya sangat-sangat membantu untuk kefahaman terus secara amali dan praktikal.

     Ketiga, membaca  AL-QURAN bersama TAJWID PANTAS

  • Pembaca boleh menggunakan salah satu dari 3 kad sisipan TAJWID PANTAS yang boleh disisipkan ke dalam Al-Quran sebagai bahan semakan dan rujukan pantas ketika membaca Al-Quran. Jika ada kekeliruan dalam ilmu tajwid, insyaAllah mampu diselesaikan dengan merujuk terus kepada kad sisipan TAJWID PANTAS. 
     
  • Sangat sesuai untuk rujukan murid mahu pun guru untuk berintraksi ketika membaca Al-Quran ataupun untuk mempelajari Ilmu Tajwid.

1.4. MANFAAT

  • Boleh dimanfaatkan oleh semua pringkat usia (kanak-kanak hingga dewasa), cuma perlukan kaedah pendekatan yang berbeza. Apabila pelajar-pelajar yang dihormati dapat beristiqamah dengan penghayatan Ilmu Tajwid, insyaAllah kanak-kanak akan menjadi senang membaca Al-Quran bertajwid dan yang dewasa juga akan mampu untuk tidak berasa kekok lagi membaca Al-Quran dihalayak umum dan wajarlah kita ber`amal dengan Al-Quran keseluruhannya. Lebih sempurna lagi, jika kita mengambil kesempatan untuk mempelajari Bahasa `Arab dan Tafsir Al-Quran. Bersama-samalah kita usahakan untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta`ala, InsyaAllah.
     
  • Kepada pengguna-pengguna TAJWID PANTAS tentu anda senang untuk menghebahkan kepada seluruh hamba Allah di dunia Allah ini supaya dapat kita manfaatkan bersama, kerana TAJWID PANTAS bukanlah pendekatan Ilmu Tajwid yang biasa kita temui tetapi ianya luar biasa, mempunyai kelebihannya yang tersendiri, sangat menyenangkan dan yang lebih penting ianya tidak membuntukan pembaca untuk terus mempelajari Ilmu Tajwid dari masa ke semasa, InsyaAllah . 
     
  • Tiada lagi alasan kepada umat ini untuk merealisasikan ilmu tajwid dalam pembacaan Al-Quran dengan kaedah yang betul. Mudah dipelajari kerana TAJWID PANTAS mempamirkan keseluruhan ilmu tajwid dengan hanya dalam sekeping kad sisipan bersaiz A4 atau A3. Anda nilailah sendiri kerana ilmu-ilmu lain yang berjilid-jilid banyaknya pun mampu anda pelajari tetapi kenapa ilmu tajwid sebanyak ini pula yang dipinggirkan. Anda tentu maklum, peratusan yang kecil sahaja umat ini yang mampu membaca Al-Quran dengan Tajwid yang betul dari guru yang bersanad sehingga Rasulullah Shallallahu `Alaihi Wassalam. InsyaAllah kita dapat beristiqamah dengan Al-Quran bersama Ilmu Tajwid yang betul sebagai `amalan harian seluruh kita umat Islam di dunia Allah Subhanahu Wa Ta`ala yang sangat mengkagumkan dan yang dihiasi dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
     
  • Antara kata aluan  Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan Al-Muqri' , "Tetapi demi memertabatkan Al-Quran yang kian disepikan semoga kembali bertahta di puncak keagongan kerana di sanalah selayaknya Mu`jizat Al-Quran yang maha mulia dinobatkan. Siapalah umat ini jika tidak menjadikan Al-Quran sebagai kemegahan dan keagungan". 
  • Pembaca juga dikira bertuah kerana memperolehi bimbingan dari Al-Muqri' (Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan) yang telah menerokai Ilmu-Ilmu Islam dari merata pelusuk dunia dan di sekolah-sekolah pondok, mendalami Ilmu Tajwid dan Tarannum khususnya.

 1.5. PRAKTIKAL

  • Tentulah TAJWID PANTAS mempunyai pendekatan yang lebih praktikal, merujuk dengan hanya sekeping Kad Sisipan TAJWID PANTAS jika dibandingkan dengan merujuk kepada Kitab yang mempunyai beberapa muka surat, kecuali pembaca memerlukan maklumat-maklumat tambahan ataupun untuk lebih mendalami Ilmu Tajwid. Pembaca dapat membuat perbandingan dan semakan dengan mudah secara pantas dalam beberapa saat sahaja. Lebih memudahkan interaksi antara guru dan murid ketika mempelajari dan memahami Ilmu Tajwid. Sama ada anda sedar atau tidak, apabila anda menggunakan TAJWID PANTAS anda tidak lagi memerlukan buku tajwid, alat tulis ataupun buku catitan, kerana ianya sudah mempunyai segala-segalanya kecuali sebutan bacaannya yang wajib anda pelajari secara talaqqi dan musyafahah. Selain itu, murid juga tidak terasa tertekan walaupun diketahui luasnya bidang Ilmu Tajwid, insyaAllah.

 1.6. ILMU AKHIRAT

  • InsyaAllah dengan panduan TAJWID PANTAS dapat merealisasikan tuntutan Fardu `Ain dan Fardu Kifayah. Kita pohonkan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya memuliakan kita di dunia kini dan di akhirat nanti dan tidak kita tergolong dari kalangan mereka yang lalai dan rugi. A..mi......n Ya.. Rabbal `A..lami......n. 

 Selamat mecuba TAJWID PANTAS. Kita sama-samalah berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta`ala, supaya kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. 

Sekian, terima kasih.

 `SAMPAIKAN DARINYA WALAUPUN SATU AYAT'

 

(Dari meja Penyusun, ABU NABIL)